Monday, June 9, 2008

Pelaburan EMAS Masa Kini !!!





PELABURAN EMAS BERDASARKAN SISTEM SYARIAH
ETIKA EMAS ESTET SDN BHD (774324-V)
MEMANG MENGUNTUNGKAN!!
PROGRAM PEMILIKAN DAN SIMPANAN EMAS



2 skim pelaburan disediakan:-
(Contoh 100g emas)

(1) Simpanan sendiri :-
(i) Syarikat akan membayar hibah RM100 setiap bulan kepada pelabur selama 6 bulan mengikut kontrak.
(ii) Para pelabur boleh renew kontrak tersebut dan syarikat akan meneruskan pembayaran hibah. RM100 diperlukan bagi setiap renewal kontrak.
(2) Simpanan Ar-Rahnu di Bank :-
(i) Syarikat akan membayar hibah RM 300 setiap bulan kepada para pelabur selama 6 bulan mengikut kontrak
(ii) Para pelabur boleh renew kontrak tersebut dan syarikat akan meneruskan pembayaran hibah. RM100 diperlukan bagi setiap renewal kontrak.













BAGAIMANA PARA PELABUR MENDAPAT KEUNTUNGAN??

Simpanan Ar-Rahnu di Bank
Katakan harga emas semasa adalah RM 102.11 per gram.

• Para pembeli membeli emas 999.9 iaitu 100g mengikut harga semasa dari syarikat
• Para pembeli membawa emas itu ke Ar Rahnu Bank
• Kita tengok mereka uji-kita tengok mereka timbang
• Syarikat akan tambah lagi 200g emas untuk disimpan bersama emas para pembeli.
• Selepas di uji dan di timbang, bank akan keluarkan Sijil Ar-Rahnu atas nama para pembeli.
• Para pembeli perlu cagarkan kesemua emas tersebut dan sebanyak 65% wang gadaian itu diambil oleh syarikat untuk modal pusingan dan mengembangkan syarikat.
• Dengan ini, syarikat akan membayar kepada para pembeli sebanyak RM 300 sebulan selama 6 bulan.
• Selepas tamat kontrak (6 bulan), para pembeli boleh renew kontrak tersebut dan syarikat akan membayar RM 300 setiap bulan.
• Para pembeli boleh terus renew kontrak setiap kali kontrak tamat dan tiada tempoh maksimum.
• Para pembeli juga boleh menjual semula kepada syarikat setiap kali tamat tempoh kontrak dan para pembeli boleh mendapat keuntungan daripada jualan emas mengikut harga pasaran.


TIADA RISIKO

Setiap 100g emas yang anda simpan,syarikat akan memberi 200g emas untuk dicagarkan bersama 100g emas anda.Maka,keseluruhannya 300g.
 Kesemua emas ini di atas nama anda, maka 300g ini adalah milik para pelabur. Sekiranya syarikat tidak dapat membayar cagaran tersebut kepada pihak bank, maka anda boleh ambil kesemua emas tersebut.

100 % JAMINAN MODAL DIPULANGKAN

 Apabila para pelabur ingin menjual semula emas mereka, maka syarikat akan membeli pada harga semasa sekiranya harga semasa lebih tinggi daripada harga belian para pelabur.Atau syarikat akan membeli pada harga belian anda sekiranya harga semasa lebih rendah dari harga belian para pelabur.

A TIMELESS AND VERY TIMELY INVESTMENT

Sebarang Pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi saya melalui email atau post terus menerusi blog..

3 comments:

Anonymous said...

I'm buying all the gold I can

Aku, kumbang dan kambing said...

Apa yg aku paham dalam urusan ni - berdasarkan pelan ke 2 Etika Emas:

1. Etika Emas beri 2 tawaran kepada sesiapa yg beli emas dengan diorang, iaitu:

a) Setiap 100g emas terbeli, Etika emas akan tambah 2 kali ganda untuk digadaikan.
b) Etika emas beri komitmen RM300 setiap bulan selama 6 bulan utk 300g emas yg digadaikan melalui kontrak antara pelabur dengan Etika Emas selama 6 bulan.(ini selaras dengan kontrak antara Pelabur dgn Bank Rakyat - Ar Rahnu)

2. Emas2 yg terurus niaga di Etika Emas ini (emas di beli, iaitu 100g dan emas tambahan
yg ditawarkan iaitu 200g) akan di gadaikan ke bank rakyat dengan NAMA PELABUR.

3. Bank Rakyat akan menilai emas2 tersebut, dan akan melaksanakan proses tukaran antara emas dan Ringgit Malaysia, berdasarkan penilaian harga emas yg dibuat sebelum ini.

4. Setelah proses gadaian berlaku, dan berjaya menukarkan nilai emas tersebut kepada ringgit malaysia, wang2 tersebut yg sebelum ini digadai atas nama pelabur tidak dimiliki oleh pelabur, sebaliknya Etika Emas yg memiliki wang tersebut. Wang tersebut digunakan utk urusan perniagaan Etika Emas.

5. Dengan memberi tawaran bijak 2 kali ganda emas kepada pembeli yg membeli emas dengan mereka, Etika Emas mampu mengaut keuntungan dalam tambahan modal mereka sebanyak 100g emas daripada pembeli mereka. Etika emas boleh saja terus menggadaikan 200g emas tersebut ke Bank Rakyat tanpa mencari pelabur. Walaubagaimanapun, dengan adanya pelabur yg membeli emas dengan mereka, mereka dapat meningkatkan aliran modal disebabkan KESEMUA nilai gadaian dengan Bank rakyat diperolehi oleh mereka, bukan oleh pelabur.

6. Pelabur tidak dapat menikmati nilai 300g emas tersebut, walaupun ia digadaikan sepenuhnya atas nama pelabur. Sebagai balasan, Etika Emas memberi Rm300 atas 100g emas yg pelabur bayar.

7. Selepas tamat tempoh perjanjian gadaian, iaitu 6 bulan, bank akan meminta semula duit mereka yg ditukarkan dengan emas sebelum ini. Terdapat 2 kemungkinan dalam urusan ini, iaitu memperbaharui perjanjian, dan menamatkan perjanjian. Berikut ialah analisis sekiranya kita menamatkan perjanjian

8. Kita akan menebus semula emas yg kita cagarkan. Perlu diberi perhatian: emas2 yg terurus niaga yg di gadaikan kepada bank adalah atas nama kita. Emas2 yg terurus niaga ini termasuklah 200g emas tambahan yg ditawarkan kepada kepada kita oleh Etika Emas.

9. Secara teorinya: Kita terpaksa membayar kepada bank atas gadaian emas yg kita buat supaya kita dapat menebus semula emas kita. Dalam kes ini, KITA ANDAIKAN Etika Emas akan bersama2 dgn kita ke bank utk menebus emas kita.
Ini bermakna, Etika Emas akan membayar kepada bank sejumlah wang utk selesaikan proses gadaian, dan bank akan memberikan emas yg kita gadaikan dulu kepada Etika Emas. Kemudian, Etika Emas akan membuat tawaran kepada kita sama kita ada mahu menjual emas atau menyambung kontrak.

10. Sekiranya kita mahu tamatkan kontrak, etika emas harus membeli emas kita, dan membayar kita nilai emas tersebut mengikut harga semasa setelah ditolak 2% caj brokerage.

11. Persoalannya disini: Sekiranya Pengoperasian Etika Emas mengalami kemerosotan dan tidak mampu meneruskan perniagaan, apakah risiko terhadap kita sebagai pelabur?

12. Risiko: Kita terpaksa membayar nilai utk 300g emas utk menebus emas yg kita gadai dengan bank, walhal, kita hanya membeli 100g emas. Ini kerana proses gadaian ke bank rakyat dibuat dengan NAMA PELABUR. Seperkara lagi, kita tidak menikmati pun nilai 300g emas tersebut. Kita hanya di beri RM300 utk setiap 100 gram setiap bulan selama 6 bulan.

13. Sekiranya Etika Emas cabut lari, Etika Emas tak rugi apa2, kerana 200g emasnya sudah pun dicagarkan ke bank (atas nama pelabur) dan Etika Emas sudah pun mendapat balik duit mereka,ditambah lagi dengan duit 100g emas yg digadai atas nama pelabur. Pelabur itulah yg sebenarnya rugi kerana menanggung hutang ke atas nilai gadaian yg tinggi (lebih daripada nilai wang yg digunakan utk membeli emas dgn Etika Emas).

14. Kesimpulan: Pada pendapat saya, dengan mengikuti plan ke 2 Etika Emas ini, pelabur sebenarnya merelakan nama mereka dipergunakan oleh Etika Emas utk mencagarkan emas Etika Emas kepada bank. Dgn kata lain: Etika Emas menggunakan nama org lain utk mendapatkan duit hasil gadaian emasnya kepada pihak bank.

15. Di sini, bolehlah diturunkan modus operandi Etika Emas: Mencari pelabur baru utk membeli emas daripada mereka sebanyak 100g, dan menggunakan duit pusingan yg dijana daripada pelabur terdahulu utk membeli emas 200g, kemudian gadaikan emas 100gram pelabur baru bersama2 emas 200g ke bank rakyat dengan skim ar rahnu. Proses pembelian emas 200g menggunakan duit pusingan ini tidaklah mengambil masa yg panjang. Ia seperti meminjamkan sementara duit utk membeli emas 200g. Ini kerana, duit emas 200g itu akan diperolehi semula apabila selesai proses gadaian dgn bank bagi urusan dgn pelabur baru (sebab itu ia dikatakan duit pusingan). Dengan ini, Etika emas memiliki semula duit 200g emas tersebut, dan ditambah dgn duit keuntungan 100g emas daripada pelabur baru. Kesemua proses ini menggunakan nama pelabur dalam kontrak gadaian dgn bank.

15. Apa yg kita perlu renungkan, sejauh manakah kita yakin atas kemampuan Etika Emas dalam menguruskan perniagaannya...

rujuk:
http://mungkinscam.blogspot.com/2008/06/etika-jahat-emas-estet-sdn-bhd-tipah.html

Unknown said...

Salam,

Tahukah anda bahawa bagaimana ramai tokey-tokey kedai emas/pajak gadai boleh kaya?

Adakah mereka tu ada buat bisnes lain seperti buka restoran, buka kedai, buka kilang ataupun lain-lain. Kalau tiada, bagaimana mereka boleh KAYA? Pelik juga kan.

Yang sebenarnya, kekayaan mereka hanya datang dari satu sumber iaitu EMAS. Ya, dengan EMAS. Dengan bergantung pada emas saja, mereka mampu menjadi kaya-raya sehinggakan ramai yang jadi JUTAWAN.

Kita pula bagaimana? Adakah kita juga perlu buka kedai emas untuk menjadi kaya seperti mereka? Adakah kita mampu menyediakan modal yang amat besar untuk membuka kedai emas? Ya, sudah pasti!

Sebenarnya, tanpa membuka kedai emas, kita mampu untuk menjana kekayaan dengan emas. Memang benar apa yang saya sampaikan, cuma anda ragu-ragu dengannya, bukan?

Terdapat banyak cara untuk menjana kekayaan dengan emas. Anda boleh memulakan pelaburan sendiri ataupun melalui orang tengah. Adalah disyorkan anda melabur melalui diri anda sendiri tanpa melibatkan orang tengah supaya keuntungan yang anda bakal perolehi lebih lumayan dan tiada risiko ditipu oleh orang tengah.

Anda tidak tahu bagaimana untuk melabur emas? Jangan risau. Baru - baru ini, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas telah dilancarkan di pasaran Malaysia. Panduan dalam bentuk ebook ini akan mengajarkan anda bagaimana melabur dengan emas. Yang pasti, walaupun anda tidak belajar tinggi sekalipun, anda mampu untuk mengikuti panduan pelaburan emas ini.

Dengan itu Ebook Emas-Emas Yang Hilang - Rahsia menjana kekayaan dengan emas sdibongkarkan!! ini telah diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat kita untuk menceburi bidang pelaburan emas.

Untuk mengetahui lebih lanjut, terus saja ke laman web tersebut.
http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=antugile

Sekian,
[firdaus]